Sunday, May 20, 2012

TERENGGANU JUNIOR MASTER CHALLENGE SERIES 2012 – SIRI II (KEMAMAN)


A.      PENYERTAAN DAN TUJUAN KEJOHANAN:
Terbuka kepada semua warga Terengganu berumur 20 tahun ke bawah. Bilangan penyertaan dihadkan kepada 100 pemain lelaki dan 100 pemain perempuan yang mendaftar awal. Hanya pemain-pemain yang belum pernah menjadi pemenang dalam kejohanan-kejohanan siri sebelumnya dalam TERENGGANU JUNIOR MASTER CHALLENGE SERIES 2012 ini layak menyertainya. Pemenang-pemenang dalam kejohanan siri ini nanti akan dikira layak untuk menyertai Kejohanan akhir peringkat negeri, TERENGGANU JUNIOR MASTER CHESS CHAMPIONSHIP yang akan diadakan pada bulan November, bagi memilih wakil Terengganu Chess Association (TCA) ke kejohanan FIDE-Rated peringkat kebangsaan, NATIONAL JUNIOR CHESS CHAMPIONSHIP anjuran Malaysian Chess Federation (MCF) yang akan diadakan pada bulan Disember.

B.      BUTIRAN PERTANDINGAN
1.    Tarikh                    : Sabtu, 16 Jun 2012.
2.    Tempat                                : SK Sultan Ismail,
  24000 Chukai, TERENGGANU.

C.      SISTEM PERTANDINGAN
1.    Pertandingan dijalankan menggunakan system swiss sebanyak 7 pusingan dengan kawalan masa 30 minit.
2.    Senarai pemain akan disusun mengikut ‘National Rating System’. Peserta yang tidak mempunyai ‘Rating’ akan disusun mengikut abjad.

D.      JADUAL PERTANDINGAN
Pendaftaran    :           8.00  -  9.00 pagi

Pusingan 1       :           9.30  -  10.30 pagi
Pusingan 2       :           10.30  -  11.30 petang
Pusingan 3       :           11.30  -  12.30 tgh
Pusingan 4       :           12.30  -  1.30 tgh

Pusingan 5       :           2.30  -  3.30 petang
Pusingan 6       :           3.30  -  4.30 petang
Pusingan 7       :           4.30  -  5.30 petang

Penyampaian  :           6.00  -  6.30 ptg.
Hadiah
E.       HADIAH
Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut:
BIL
KETEGORI
TEMPAT
LELAKI
PEREMPUAN
1.
Terbuka
Tempat 1 - 5
Medal
Sijil
Medal
Sijil
2.
Bawah 14 Tahun
Tempat 1 - 3
Medal
Sijil
Medal
Sijil
3.
Bawah 12 Tahun
Tempat 1 - 3
Medal
Sijil
Medal
Sijil
4.
Terbaik Penganjur

Medal
Sijil
Medal
Sijil
* Sijil turut disediakan untuk semua peserta.
* Semua pemenang dikira layak menyertai Kejohanan
   akhir peringkat negeri, TERENGGANU JUNIOR MASTER
   CHESS CHAMPIONSHIP.
F.       YURAN PENYERTAAN
1.   Ahli TCA                      -           RM10.00                    
2.   Bukan Ahli                   -           RM15.00
Sila hantarkan penyertaan selewat-lewatnya pada hari ISNIN 11 JUN, 2012 jam 4.00 Petang. Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima. Penyertaan boleh dihantar melalui sms ke 013 9333393 atau email tchess@gmx.com. Sila nyatakan Nama, Jantina, Tarikh Lahir dan Nombor Ahli TCA (Jika ahli TCA) serta nombor telefon untuk dihubungi. Sila sahkan kekosongan tempat terlebih dahulu sebelum mendaftar. Bayaran boleh dibuat pada hari pertandingan.

*  Untuk pengesahan kekosongan tempat dan sebarang keterangan lanjut, sila hubungi En. Sabirin 013 9333393. Maklumat perkembangan semasa berhubung kejohanan ini boleh dilayari di www.trgchess.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

The House of Staunton

World Chess Federation - FIDE

ChessBase News

About Chess