Wednesday, June 22, 2011

Kejohanan Catur T.I.Z Tops Premier Challenge 2011

Kejohanan Catur T.I.Z Tops Premier Challenge 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 24 & 25 Jun 2011 terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian. Pihak penganjur kejohanan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat penangguhan ini. 

Monday, June 20, 2011

T.I.Z. TOPS PREMIER CHALLENGE 2011

Tarikh: Jumaat, 24 Jun 2011 hingga Sabtu, 25 Jun, 2011.
Tempat: Dewan Ali Jabbar, SMK Tengku Intan Zaharah, Jalan Intan,23000 Dungun, Trg

Sila hantar penyertaan selewat-lewatnya pada hari Rabu 22 Jun, 2011 jam 6.00 Petang. Penyertaan boleh dihantar melalui sms ke 013 9333393 atau fax 09 8458032 (waktu pejabat) atau email ibnsulaiman@inbox.com.

Bayaran bolehlah dibuat melalui akaun Maybank 163082081963 (SABIRIN BIN SULAIMAN). Sila simpan slip pembayaran untuk pengesahan pada hari pertandingan. Surat jemputan bagi menyertai kejohanan akan dihantar kepada mana-mana institusi yang memerlukannya.

* Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Sabirin 013-9333393

Free Download : T.I.Z. TOPS PREMIER CHALLENGE 2011


Saturday, June 18, 2011

Pertandingan Catur Tertutup TCA 2011 + Pemilihan AJK TCA 2011

1. Pemilihan AJK TCA 2011

Mesyuarat Agung Terengganu Chess Association (TCA) untuk pemilihan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, dan AJK telah diadakan pada 18 Jun 2011 di Sek Men Tengku Intan Zaharah. TCA merupakan nama baru Persatuan menggantikan Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT). Dengan penubuhan TCA, dijangkakan aktiviti-aktiviti catur tahunan akan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur. Syabas kepada TCA !
Berikut adalah AJK Induk TCA yang telah dilantik.

Presiden  : Prof Madya A Rahim Ramli
T/Presiden : Ruzenan Abu Bakar
Setiausaha : Sabirin Sulaiman
Bendahari : Fairul M Yusoff
AJK :
- Muhammad Arshad, Suhaidi Mustafa, Hamedi, Hamlee Ismail, M Razif A Rahman
Juruodit :
- Aisyah Ridzuan, Aisyah Akmal

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Keputusan Pertandingan Catur Tertutup TCA  2011

Kejohanan ini diadakan sempena Pemilihan dan Pembetukan AJK TCA baru. Ianya dijalankan 6 pusingan secara sistem swiss dengan kawalan masa 20 minit / pemain. Seramai 26 pemain / ahli TCA menyertai kejohanan tersebut.

Berikut adalah keputusan 10 teratas kejohanan :
1.  Ruzenan Abu Bakar (5 mata)
2.  Indera Shahrin Mokhtar (5 mata)
3.  Fairul Yusoff (4.5 mata)
4.  Suhaidi Mustafa (4.5 mata)
5.  Muhammad Arshad (4 mata)
6.  M Syazwan Zulkifli (4 mata)
7.  Sharul Iskandar M Ali (4 mata)
8.  Hishamullah Harun (4 mata)
9.  Abdul Rahim Ramli (3.5 mata)
10. Khairul Latif Baharum (3.5 mata)

Tuesday, June 14, 2011

Catur Berpasukan Sukan PETRONAS Pantai Timur 2011

Catur Berpasukan Sukan PETRONAS Wilayah Pantai Timur di antara anak-anak syarikat PETRONAS yang diadakan pada 13-14 Jun 2011 telahpun melabuhkan tirainya. Sebanyak 6 pasukan (OIL, GAS, PCG, GEBENG Warriors, EXPRO dan Business Support) menyertai kejohanan tersebut yang dijalankan secara sistem round-robin.

OIL selaku juara tahun lepas belum mampu digugat dengan hanya 0.5 mata di depan pencabar terdekatnya GAS. Pasukannya mengumpul 14.5 mata untuk memastikan mahkota miliknya dipertahankan, GAS ditempat kedua dengan kutipan 14 mata manakala PCG ditempat ketiga dengan kutipan 10.5 mata. Pasukan OIL diwakili oleh Abet (Fancubit), Nik Nerwan, Azahadi (Kapten), Nizam dan Amran manakala pasukan GAS pula diwakili oleh Ruzenan, Zukefeli, Firdaus, Kamal dan Ahmad Nazeri (Kapten). Md arshad selaku arbiter kejohanan. Pasukan OIL (baju oren - ala Belanda), Pasukan GAS (baju kuning - ala Brazil).


Wednesday, June 8, 2011

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Lelaki 18 Individu

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Lelaki 18 Berpasukan

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Lelaki 15 Individu

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Lelaki 15 Berpasukan

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Lelaki 12 Individu

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Lelaki 12 Berpasukan

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Perempuan 18 Individu

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Perempuan 18 Berpasukan

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Perempuan 15 Individu

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Perempuan 15 Berpasukan

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Perempuan 12 Individu

Keputusan Kejohanan Catur MSSM 2011 - Perempuan 12 Berpasukan
The House of Staunton

World Chess Federation - FIDE

ChessBase News

About Chess