Saturday, June 18, 2011

Pertandingan Catur Tertutup TCA 2011 + Pemilihan AJK TCA 2011

1. Pemilihan AJK TCA 2011

Mesyuarat Agung Terengganu Chess Association (TCA) untuk pemilihan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, dan AJK telah diadakan pada 18 Jun 2011 di Sek Men Tengku Intan Zaharah. TCA merupakan nama baru Persatuan menggantikan Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT). Dengan penubuhan TCA, dijangkakan aktiviti-aktiviti catur tahunan akan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur. Syabas kepada TCA !
Berikut adalah AJK Induk TCA yang telah dilantik.

Presiden  : Prof Madya A Rahim Ramli
T/Presiden : Ruzenan Abu Bakar
Setiausaha : Sabirin Sulaiman
Bendahari : Fairul M Yusoff
AJK :
- Muhammad Arshad, Suhaidi Mustafa, Hamedi, Hamlee Ismail, M Razif A Rahman
Juruodit :
- Aisyah Ridzuan, Aisyah Akmal

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Keputusan Pertandingan Catur Tertutup TCA  2011

Kejohanan ini diadakan sempena Pemilihan dan Pembetukan AJK TCA baru. Ianya dijalankan 6 pusingan secara sistem swiss dengan kawalan masa 20 minit / pemain. Seramai 26 pemain / ahli TCA menyertai kejohanan tersebut.

Berikut adalah keputusan 10 teratas kejohanan :
1.  Ruzenan Abu Bakar (5 mata)
2.  Indera Shahrin Mokhtar (5 mata)
3.  Fairul Yusoff (4.5 mata)
4.  Suhaidi Mustafa (4.5 mata)
5.  Muhammad Arshad (4 mata)
6.  M Syazwan Zulkifli (4 mata)
7.  Sharul Iskandar M Ali (4 mata)
8.  Hishamullah Harun (4 mata)
9.  Abdul Rahim Ramli (3.5 mata)
10. Khairul Latif Baharum (3.5 mata)

No comments:

Post a Comment

The House of Staunton

World Chess Federation - FIDE

ChessBase News

About Chess