Tuesday, June 14, 2011

Catur Berpasukan Sukan PETRONAS Pantai Timur 2011

Catur Berpasukan Sukan PETRONAS Wilayah Pantai Timur di antara anak-anak syarikat PETRONAS yang diadakan pada 13-14 Jun 2011 telahpun melabuhkan tirainya. Sebanyak 6 pasukan (OIL, GAS, PCG, GEBENG Warriors, EXPRO dan Business Support) menyertai kejohanan tersebut yang dijalankan secara sistem round-robin.

OIL selaku juara tahun lepas belum mampu digugat dengan hanya 0.5 mata di depan pencabar terdekatnya GAS. Pasukannya mengumpul 14.5 mata untuk memastikan mahkota miliknya dipertahankan, GAS ditempat kedua dengan kutipan 14 mata manakala PCG ditempat ketiga dengan kutipan 10.5 mata. Pasukan OIL diwakili oleh Abet (Fancubit), Nik Nerwan, Azahadi (Kapten), Nizam dan Amran manakala pasukan GAS pula diwakili oleh Ruzenan, Zukefeli, Firdaus, Kamal dan Ahmad Nazeri (Kapten). Md arshad selaku arbiter kejohanan. Pasukan OIL (baju oren - ala Belanda), Pasukan GAS (baju kuning - ala Brazil).


No comments:

Post a Comment

The House of Staunton

World Chess Federation - FIDE

ChessBase News

About Chess