A. PENYERTAAN DAN TUJUAN KEJOHANAN:
Terbuka kepada semua warga Terengganu berumur 20 tahun ke bawah. Bilangan penyertaan dihadkan kepada 100 pemain lelaki dan 100 pemain perempuan yang mendaftar awal. Hanya pemain-pemain yang belum pernah menjadi pemenang dalam kejohanan-kejohanan peringkat daerah lain dalam TERENGGANU JUNIOR MASTER CHALLENGE SERIES 2012 ini layak menyertainya. Pemenang-pemenang dalam kejohanan ini nanti akan dikira layak untuk menyertai Kejohanan peringkat negeri, TERENGGANU JUNIOR MASTER CHESS CHAMPIONSHIP yang akan diadakan pada bulan November, bagi memilih wakil negeri Terengganu ke kejohanan FIDE-Rated peringkat kebangsaan, NATIONAL JUNIOR CHESS CHAMPIONSHIP anjuran Malaysian Chess Federation (MCF) yang akan diadakan pada bulan Disember.
B. BUTIRAN PERTANDINGAN
1. Tarikh : Sabtu, 12 Mei 2012.
2. Tempat : Dewan Ismail Manaf,
SMK Tengku Intan Zaharah, Jalan Intan,
23000 Dungun, TERENGGANU.
C. SISTEM PERTANDINGAN
1. Pertandingan dijalankan menggunakan system swiss sebanyak 7 pusingan dengan kawalan masa 30 minit.
2. Senarai pemain akan disusun mengikut ‘National Rating System’. Peserta yang tidak mempunyai ‘Rating’ akan disusun mengikut abjad.
D. JADUAL PERTANDINGAN Pendaftaran : 8.00 - 9.00 pagi Pusingan 1 : 9.30 - 10.30 pagi Pusingan 2 : 10.30 - 11.30 petang Pusingan 3 : 11.30 - 12.30 tgh Pusingan 4 : 12.30 - 1.30 tgh Pusingan 5 : 2.30 - 3.30 petang Pusingan 6 : 3.30 - 4.30 petang Pusingan 7 : 4.30 - 5.30 petang Penyampaian : 6.00 - 6.30 ptg. Hadiah | E. HADIAH Hadiah-hadiah disediakan seperti berikut:
* Sijil turut disediakan untuk semua peserta. * Semua pemenang dikira layak menyertai Kejohanan peringkat negeri, TERENGGANU JUNIOR MASTER CHESS CHAMPIONSHIP. |
F. YURAN PENYERTAAN
1. Ahli TCA - RM10.00
2. Bukan Ahli - RM15.00
Sila hantarkan penyertaan selewat-lewatnya pada hari AHAD 29 APRIL, 2012 jam 4.00 Petang. Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan diterima. Penyertaan boleh dihantar melalui sms ke 013 9333393 atau email tchess@gmx.com. Sila nyatakan Nama, Jantina, Tarikh Lahir dan Nombor Ahli TCA (Jika ahli TCA) serta nombor telefon. Sila sahkan kekosongan tempat terlebih dahulu sebelum mendaftar. Bayaran boleh dibuat pada hari pertandingan.
* Untuk pengesahan kekosongan tempat dan sebarang keterangan lanjut, sila hubungi En. Sabirin 013 9333393.
No comments:
Post a Comment